Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Snowdan Lawan ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Persidangan Antarabangsa Asian Association for Sport Management 2023 (AASM 2023), di Kuching, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)
Datuk Snowdan Lawan ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Persidangan Antarabangsa Asian Association for Sport Management 2023 (AASM 2023), di Kuching, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Sertai GPS perlukan persetujuan sebulat suara

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 20 Ogos: Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata, parti politik yang ingin menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu mendapat persetujuan sebulat suara kesemua parti – parti sedia ada.

Ketua Pemudanya, Datuk Snowdan Lawan berkata, selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), PRS, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), parti lain masih dilihat berada di luar GPS.

“Seperti yang saya maklumkan, sudah tentu sesiapa (parti) yang ingin menyertai GPS perlu dipersetujui oleh rakan-rakan kita dalam kalangan komponen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Penutupan Persidangan Antarabangsa Asian Association for Sport Management 2023 (AASM 2023), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir dan Presiden Persatuan Pengurusan Sukan Arab Antarabangsa, Profesor Dr. Abdul Latif Ibrahim Bokhari.

Snowdan mengulas penggabungan PDP dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang dijangka akan dilakukan menjelang Disember ini.

Mengulas lanjut, Snowdan yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, tiada keperluan untuk PRS masuk campur dalam urusan penggabungan itu.

Kata beliau, ini kerana masih belum ada perincian menyeluruh mengenai penggabungan kedua-dua parti itu.

“Penggabungan itu merupakan urusan mereka yang dijangka dilaksanakan pada Disember nanti. Jadi, perkara itu perlu dimuktamadkan lagi,” katanya.

Sementara itu, Snowdan berkata, soal kerjasama itu perlu diputuskan menerusi mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS.

“Kita tidak mahu membuat apa-apa spekulasi kerana ini hanya melibatkan parti mereka sahaja dan tidak melibatkan GPS,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan