Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba sedang mengeluarkan seorang mangsa daripada kereta yang melanggar penghadang besi di tempat kejadian. Foto: BPP Batu Niah

Remaja perempuan maut, kereta dinaiki langgar penghadang jalan di Batu Niah

BATU NIAH, 20 Ogos: Seorang remaja perempuat maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar penghadang jalan di Kilometer 24, Lebuhraya Pan Borneo, Miri-Bintulu, di sini petang tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Diana Tinsie Douglas berusia 20 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Pegawai Bomba Tinggi II Rary Binjie berkata, sepasukan anggotanya dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.36 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipercayai terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan dari Bintulu ke Miri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, seorang mangsa yang berada di tempat duduk belakang didapati tidak sedarkan diri namun tidak tersepit.

“Pasukan kemudian mengeluarkan mangsa dan diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Rary memberitahu, lima lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Klinik Kesihatan Suai untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi tamat pada pukul 5.25 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan