Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah. Foto: TVS

Polis buka kertas siasatan kes pelajar dipukul di Matang

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 20 Ogos: Polis mengesahkan satu kertas siasatan dibuka berhubung kes seorang pelajar sekolah menengah yang didakwa dipukul oleh rakan asramanya pada Jumaat lepas. 

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Ketika ini polis sedang menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Sebelum ini tular gambar seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Matang mengalami lebam di mata kirinya dipercayai dipukul.

Mangsa membuat laporan di Pusat Sehenti Balai Polis Simpang Tiga.

Kejadian dipercayai berpunca apabila suspek mencabarnya berlawan dengan seorang lagi rakan mereka namun tidak diendahkan oleh mangsa.

Akibat berang, suspek memukul mangsa bertubi-tubi di kepala, muka dan badan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan