Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang semasa sesi bergambar bersama pasukan PEMASA Miri. Foto: TVS

PEMASA Miri sertai MSSM Pahang 24-29 Ogos ini

MIRI, 20 Ogos: Pasukan Memanah Sarawak (PEMASA) Miri bakal menghantar pemanah muda mereka ke pertandingan memanah yang bakal berlangsung di Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Pahang pada 24 hingga 29 Ogos ini.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, pasukan ini sebelum ini telah memperoleh kejayaan cemerlang di Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sarawak di Kuching pada bulan lepas dengan 27 emas, 14 perak dan 17 gangsa.

“Keputusan cemerlang yang telah dicapai oleh pemanah muda kita semasa MSS Sarawak di Kuching dari 24 hingga 28 Julai. Kesemuanya, pasukan itu memenangi 27 emas, 14 perak dan 17 gangsa.

“Anda semua telah melakukannya dengan sangat baik. Seperti yang dinyatakan sebentar tadi, anda sedang membuat persediaan untuk ke MSSM di Pahang pada 24 hingga 29 Ogos ini. Jadi saya ingin mengambil peluang ini untuk anda semua semoga berjaya,” katanya pada sidang media di Padang Memanah Miri, pada Sabtu.

Bagi menjadikan Bandaraya Miri sebagai pusat acara sukan, pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) merancang untuk mengumpul semua kumpulan memanah di Miri untuk dijadikan sebagai satu badan memanah bersama.

“Kami MBM mahu meletakkan Bandaraya Miri sebagai pusat acara sukan. Jadi saya cadangkan kepada ketua kamu juga, mungkin kita boleh berkumpul dan duduk serta membentuk satu badan.

“Hal ini adalah untuk mengumpulkan semua kumpulan memanah ini bersama-sama supaya kita boleh merancang dan menetapkan beberapa jenis garis panduan bagi mempromosikan memanah di Miri,” ujarnya.

Selain membentuk badan penyelaras terdiri daripada semua kumpulan memanah dan menyediakan garis panduan untuk memajukan sukan memanah, beliau juga bermatlamat menjadikan Miri sebagai pusat sukan memanah di rantau Borneo.

Adam berharap dengan usaha ini sukan memanah bukan sahaja dapat dipopularkan dalam setiap kalangan masyarakat tanpa mengira usia, tetapi juga menjadikan Miri sebagai pusat pertandingan memanah pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan