Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kira-kira 40,000 orang pengunjung telah memeriahkan 'Miri City Street Parade' di Miri Times Square sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka malam tadi. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Lebih 40,000 pengunjung meriahkan Miri Street Parade 2023

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MIRI, 20 Ogos: Kira-kira 40,000 orang pengunjung memeriahkan ‘Miri City Street Parade’ di Miri Times Square sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka malam tadi.

Pada masa sama, sebanyak 60 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan tersebut yang bermula pada sebelah petang di Bangunan Majlis Bandaraya Miri dan berakhir di Miri Times Square.

Antara kontinjen yang menyertai perarakan termasuk sekolah menengah, agensi kerajaan, swasta, serta wakil kebudayaan dan persatuan.

Perarakan di Miri ini menampilkan kelainan dengan melibatkan 17 kumpulan kereta berhias yang mewakili agensi kerajaan, swasta, dan persatuan.

Terdahulu, simbolik pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew selaku Pengerusi ‘Miri City Street Parade’.

Kereta berhias milik Samling dan Parkcity Group telah mencuri perhatian juri dan memenangi kategori utama, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Kereta berhias milik Samling dan Parkcity Group telah mencuri perhatian juri dan memenangi kategori utama, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Kategori lain seperti sekolah menengah, kebudayaan, persatuan, jabatan kerajaan, dan swasta juga menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 diberikan kepada pemenang bagi kategori ini.

Majlis Bandaraya Miri meraih tempat kedua dan tempat ketiga dalam kategori kereta berhias dengan hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000.

Majlis Bandaraya Miri meraih tempat kedua dan tempat ketiga dalam kategori kereta berhias dengan hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Sekolah Menengah Persendirian Jalan Riam dan SMK Riam Miri pula meraih kedudukan naib johan dan tempat ketiga dalam kategori sekolah menengah.

Persatuan Jatti Miriek dan Persatuan Dayak Miri pula meraih kedudukan naib johan dan tempat ketiga dalam kategori kebudayaan dan persatuan.

Kategori jabatan kerajaan dan swasta dimenangi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Institut Latihan Perindustrian Miri.

Semua pemenang kategori mendapat hadiah wang tunai masing-masing RM3,000 dan RM1,000.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jemputan dan orang awam turut menikmati pelbagai persembahan seperti dari artis jemputan Dayang Norfaizah dan Bob Yusuf, serta pertunjukan bunga api sebagai persembahan akhir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan