Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Sim menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Golf Profesional Antarabangsa 2023 hari ini. Foto TVS.

Kadar kelahiran menurun dilema utama Sarawak – Dr. Sim

KUCHING, 20 Ogos: Penurunan ketara jumlah kelahiran merupakan dilema utama dihadapi Sarawak ketika ini, kata Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, kadar kelahiran rendah yang dicatatkan sejak pandemik COVID-19 dikhuatiri memberi kesan kepada hasrat Sarawak untuk bergerak ke arah negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Sarawak catat penurunan kelahiran selepas COVID-19

“Dilema utama di Sarawak ialah kadar kelahiran yang menurun. Kita semua semakin tua, jadi setiap anak-anak yang dilahirkan di Sarawak sangat berharga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Golf Profesional Antarabangsa 2023 di Kelab Golf Sarawak di sini hari ini.

Baru – baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan penurunan kelahiran baharu sebanyak 50 peratus pada dua tahun kebelakangan ini selepas pandemik COVID-19.

Katanya, jumlah kelahiran yang direkodkan hanya kira – kira 20,000 bayi pada 2021 dan 2022.

Mengulas lanjut, Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, penururan kelahiran di Sarawak boleh menyebabkan kekurangan bakat muda yang penting untuk mengubah Sarawak ke arah kemajuan.

“Sarawak amat memerlukan rakyat yang berbakat, berkualiti dan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang agar kita sentiasa bergerak ke hadapan.

“Jika sebaliknya, kita akan lambat untuk berubah. Kita import tenaga kerja luar namun mahu setiap anak-anak Sarawak berkemahiran tinggi dalam bidang baharu.

“Kemudian, apabila berkemahiran tinggi, mereka mampu melakukan banyak perkara dengan sendiri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan