Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab ketika ditemui media selepas menyertai senamrobik sempena 60 tahun Sarawak Merdeka anjuran Parti Pesaka Bumiputera (PBB) N46 Meradong. Foto: TVS

Hubungan parti bawah GPS terus erat

BINTANGOR, 20 Ogos: Hubungan erat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Meradong merupakan cerminan pemuafakatan dalam kalangan parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab berkata, hubungan erat itu membolehkan setiap program berjalan lancar malah turut memudahkan wakil rakyat melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“PBB dan SUPP seperti satu keluarga kerana kami menjalankan program bersama untuk masyarakat di Bintangor, inilah semangat dalam GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai senamrobik sempena Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka anjuran PBB Meradong di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing.

Sementara itu, Yusuf berkata, GPS merupakan gabungan parti – parti politik tempatan yang kukuh di Sarawak.

Kata beliau, kestabilan yang wujud terus dipertahankan malah turut mendapat sokongan ahli akar umbi.

“Ini terbukti apabila setiap program yang dilaksanakan di Bintangor mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat masyarakat.

“Di sini wujud perpaduan, walaupun berlainan parti, kaum, bangsa dan agama. Inilah yang kita pupuk,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan