Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Biro Pengaduan Awam (BPA), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Milton Foo Tiang Wee pada sidang media di SUPP HQ, Kuching hari ini. Foto: TVS

Waspada penipuan sindiket pinjaman Ah Long dan Phone Scam

KUCHING, 19 Ogos: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah menerima aduan daripada tiga mangsa sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long secara dalam talian dan seorang mangsa Phone Scam Pos Laju sejak Julai lalu.

Ketua Biro Pengaduan Awam (BPA) (SUPP) Milton Foo Tiang Wee berkata, mangsa pertama dipercayai telah menekan satu pautan pinjaman wang tanpa lesen di media sosial Facebook dan meminjam sebanyak RM40,000 daripada 40 orang sindiket pinjaman wang tanpa lesen menerusi aplikasi Whatsapp sehingga terpaksa membayar semula sejumlah RM70,000.

Ketua Biro Pengaduan Awam (BPA) SUPP Milton Foo Tiang Wee pada sidang media di SUPP HQ, Kuching hari ini. Foto: TVS

“Mangsa pertama menekan pautan pinjaman tanpa lesen di Facebook dan meminjam sejumlah RM40,000 daripada 40 orang yang berbeza melalui Whatsapp. Setiap 40 orang sindiket pinjaman wang tanpa lesen berkenaan meminjamkan RM1,000, RM2,000, RM3,000 dan banyak lagi. Mangsa telah meninjam RM40,000 tetapi perlu membayar RM70,000, apabila selesai membayar empat sindiket masih menuntut wang daripadanya,” katanya pada sidang media di SUPP HQ, Kuching hari ini.

Tambah beliau, mangsa kedua pula telah meminjam sebanyak RM18,950 daripada 14 orang sindiket pinjaman wang tanpa lesen dan perlu membayar RM34,500 serta menerima ugutan menculik ahli keluarga dan membakar rumah.

Kakitangan awam wanita di Sibu rugi RM37,000 ditipu sindiket Phone Scam

Selain itu, mangsa ketiga pula telah meminjam sebanyak RM50,000 daripada lapan orang sindiket pinjaman wang tanpa lesen dan perlu membayar RM141,000.

“Mangsa kedua menerima pinjaman sejumlah RM18,950 daripada 14 orang tetapi perlu membayar RM34,500 pada Julai lalu. Mangsa telah membayar semula sejumlah RM4,200 serta menerima ugutan menculik ahli keluarga dan membakar rumah.

“Mangsa ketiga juga pada 28 Julai hingga 3 Ogos, dengan jumlah pinjaman RM50,000 daripada lapan orang sindiket pinjaman wang tanpa lesen dan membayar semula RM19,000. Namun, mereka meminta mangsa membayar RM141,000,” ujarnya.

Kakitangan awam wanita di Sibu rugi RM37,000 ditipu sindiket Phone Scam

Manakala, mangsa keempat yang berusia 25 tahun menerusi Phone Scam telah mengalami kerugian sebanyak RM50,000 yang dihubungi melalui panggilan telefon oleh seorang individu yang memperkenalkan diri daripada syarikat Pos Laju.

Kemudian, panggilan telefon disambungkan kepada individu lain yang mengaku sebagai Ketua Polis, Datuk Shafaaton dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan memaklumkan mangsa terlibat dengan pengubahan wang haram.

“Individu yang mengaku sebagai Ketua Polis, Datuk Shafaaton telah menyuruh mangsa melakukan pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 daripada RHB Bank dan membuka akaun Bank Islam. Setelah pinjaman peribadi berjaya dilakukan, mangsa memindahkan wang tersebut ke akaun Bank Islam mangsa seperti yang diarahkan. Selepas itu, mangsa telah mendapat satu pautan yang didakwa sebagai pautan Bank Negara yang memintanya untuk mengisi segala data peribadi bank mangsa,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sindiket pinjaman wang tanpa lesen secara dalam talian dan Phone Scam serta tidak menekan sebarang pautan yang mencurigakan.

Ujar beliau, pihaknya akan menganjurkan lebih banyak kempen kesedaran bersama beberapa agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mencegah lebih ramai orang menjadi mangsa penipuan lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan