Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian (kiri), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) dan Dato Sri Fatimah Abdullah (kanan) pada Majlis Makan Malam Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di sebuah hotel di sini, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak mahu teroka kerjasama baharu dengan China dalam perubatan herba

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 19 Ogos: Kerajaan Sarawak berhasrat meneroka bidang kerjasama baharu dengan China dalam perubatan herba, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, kepakaran yang dimiliki China dapat membantu Sarawak memanfaatkan kekayaan biodiversiti yang dimiliki negeri ini.

“Saya akan mencadangkan agar kita meneroka perubatan herba kerana Borneo kaya dengan biodiversiti. Saintis dari China sama ada komuniti muslim dan bukan muslim sangat bagus dalam perubatan herba.

“Kita boleh bekerjasama untuk meneroka menghasilkan ubat-ubatan tertentu sebagai rawatan kepada sebarang penyakit berpotensi,” katanya.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri Majlis Makan Malam Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) bersempena dengan Persidangan Antarabangsa Cina Muslim (ICMC) 2023 di sebuah hotel di Kuching, malam ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) bersempena dengan Persidangan Antarabangsa Cina Muslim (ICMC) 2023 di sebuah hotel di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kerjasama itu diyakini mampu dilaksanakan memandangkan Sarawak bakal memiliki pusat penyelidikannya sendiri.

“Sarawak sedang menubuhkan Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Tropika dengan peruntukan RM200 juta untuk menubuhkannya.

“Pusat itu mempunyai ramai penyelidik, oleh itu mungkin kita boleh bekerjasama sebab saya tahu ada satu universiti di China yang bagus dalam perubatan herba iaitu Universiti Fudan. Saya fikir Malaysia-Sarawak boleh melibatkan diri dengan universiti itu untuk meneroka sebarang kemungkinan penyelidikan mengenai biodiversiti kita,” ujarnya.

Kata beliau, kerjasama Sarawak dan China bukanlah perkara baharu memandangkan negeri ini sebelum ini mendapatkan kepakaran negara berkenaan bagi membangunkan bandar pintar dan sistem pengangkutan Aliran Transit Autonomi (ART). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan