Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 56 individu termasuk tujuh wanita diperiksa dan di bawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk tujuan dokumentasi dalam Op Samseng Jalanan di Sibu. Foto: BSPT IPD Sibu

Remaja lelaki ditahan tunggang motosikal ala ‘Superman’, 56 diperiksa dalam Op Samseng di Sibu

SIBU, 19 Ogos: Seorang remaja lelaki ditahan manakala 56 individu termasuk tujuh wanita berusia 13 hingga 25 tahun diperiksa dalam Operasi (Op) Samseng Jalanan di Jalan Awang Ramli Amit dan Dataran Sibu di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 20 tahun berkenaan ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, operasi yang dijalankan pihaknya dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu bermula jam 8 malam pada Jumaat hingga 2.30 pagi Sabtu.

“Semasa operasi itu, remaja lelaki berkenaan ditahan kerana didapati menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya iaitu menduga kelajuan serta mempamerkan aksi ala ‘Superman’ dan tindakan ini telah menjadi satu kesalahan yang disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, polis juga menahan 29 buah motosikal untuk tujuan dokumentasi dalam operasi lebih enam jam tersebut.

Dalam operasi sama, katanya, pelbagai kesalahan telah diambil tindakan saman iaitu termasuk kesalahan tiada lesen memandu, ubahsuai ekzos, tiada cermin sisi, nombor plat tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, lesen memandu tamat tempoh, tidak patuh arahan polis, memandu bawah umur dan tidak pamer peletak ‘P’.

Zulkipli turut menasihat orang ramai agar mematuhi undang-undang jalan raya.

“Ibu bapa juga diingatkan supaya memantau aktiviti anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang jalanr aya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan