Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu mangsa terbalik selepas merempuh pondok di tepi jalan di Jalan Hai Latif di Mukah malam tadi. Foto: IPD Mukah

Lelaki maut tersepit, pikap dipandu langgar pondok

MUKAH, 19 Ogos: Seorang lelaki maut selepas pikap dipandu melanggar sebuah pondok di Jalan Haji Latif dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 10.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Lee Aling, 52, disahkan meninggal dunia akibat tersepit di bawah kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan (DSP) Mohamad Rizal Alias berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika kenderaan tersebut melalui Jalan Haji Latif dari arah Shell Mukah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pikap jenisToyota Hilux hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah pondok di tepi jalan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Akibat itu, katanya, mangsa yang tersepit di bawah kenderaan itu mengalami cedera parah di bahagian muka.

Mohamad Rizal berkata, mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pagawai perubatan dari Hospital Mukah di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian di bawa ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan