Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media selepas merasmikan Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) di Kuching, hari ini. FOTO: TVS

Kilang memproses sisa sawit bernilai RM35 juta di Saratok beroperasi hujung tahun ini – Abang Johari

BySteward Dawi

KUCHING, 19 Ogos: Kilang memproses sisa sawit menjadi makanan haiwan ternakan yang sedang dibangunkan Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) di Saratok dijangka beroperasi hujung tahun ini.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Kerajaan Sarawak telah memberi peruntukan sebanyak RM35 juta kepada SALCRA bagi menjalankan kajian untuk menghasilkan makanan haiwan ternakan daripada sisa kelapa sawit termasuk pembinaan kilang.

“SALCRA memiliki banyak ladang kelapa sawit dan sisa sawit itu akan dikumpul dan dibawa kepada satu kawasan supaya dapat diproses menjadi makanan haiwan ternakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan bangunan baharu Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) di Kuching, hari ini.

Kata Abang Johari, alternatif itu penting dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada import makanan haiwan ternakan.

“Berdasarkan kepada ekonomi sekular, kita ada butiran berkaitan dan kelebihan itu bukan hanya memfokuskan kepada penghasilan makanan haiwan ternakan semata-mata tetapi juga pengeluaran baja,” katanya 

Jelasnya, konsep perniagaan sekarang perlu menggunakan semaksimum mungkin sumber sedia ada serta mampu menambah nilai kepada kegiatan ekonomi tempatan.

Sebelum ini, Abang Johari menjelaskan sekiranya Sarawak mengambil langkah menghasilkan makanan haiwan sendiri, pemain industri di sini tidak akan begitu terbeban dengan kenaikan harga produk berkenaan terutamanya makanan ayam yang diimport. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan