Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hari ke-6 Program BeDIGITAL Bootcamp. Foto: TVS

Cungkil potensi anak muda Sarawak melalui program Petronas BeDIGITAL Bootcamp

ByAkma Salleh

KUCHING, 19 Ogos: Ketua Program Petronas BeDIGITAL Bootcamp, Nurul Wafa berharap pelajar program kohort 4 Petronas BeDIGITAL Bootcamp mengambil peluang sedia ada dengan menunjukkan potensi sebenar mereka menerusi sesi temuduga pada hari ini.

Jelasnya, menerusi sesi temuduga itu, beberapa rakan strategik telah dipilih bagi memenuhi aspirasi melahirkan bakat-bakat baharu serta memenuhi kehendak peluang pekerjaan semasa.

Ketua Program BeDIGITAL Bootcamp, Nurul Wafa ketika ditemui TVS.

“Saya ingin melihat ‘campers’ kami naik ke pentas untuk menerima tawaran pekerjaan daripada rakan kongsi pengambilan kami. Jadi ambillah peluang ini untuk mempamerkan potensi terbaik mereka (peserta) melalui apa yang telah mereka pelajari ketika menyertai bootcamp ini,” katanya.

Sementara itu, Menurut Ketua Bahagian Sumber Manusia SEDC Energy, Nicholas Pang, program tersebut sememangnya memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai cabaran dunia sebenar di samping memberi mereka peluang untuk meneroka kehendak semasa.

Ketua Bahagian Sumber Manusia SEDC Energy, Nicholas Pang ketika ditemui TVS.

Menurutnya, ini kerana dunia sebenar agak kompetitif dan dengan memberi mereka peluang ini, belia boleh mengambil peluang untuk bertemu dengan syarikat-syarikat atau rakan kongsi pengambil pekerja program ini.

“Jadi saya berpendapat (program) ini adalah bagus dan perlu dilakukan lebih banyak lagi pada masa hadapan. Sebagai sebuah syarikat Sarawak saya berpendapat, selain menyumbang kembali kepada ekonomi di Sarawak, kami juga sedang mencari cara untuk mengekalkan dan mengasah bakat di Sarawak. Lebih-lebih lagi bakat muda yang kita ada sekarang,” kata Nicholas ketika ditemui TVS di hari ke-6 program itu di Swinburne University of Technology kampus Sarawak di sini, hari ini.

Beliau menambah, ia akan turut membantu dalam menarik lebih ramai bakat Sarawak kembali ke Sarawak dan menyumbang kepada ekonomi Sarawak.

Program Petronas BeDIGITAL BOOTCAMP diadakan julung kalinya di Sarawak yang mana ketiga-tiga kohort sebelumnya dianjurkan di Sabah dan bakal diperluaskan di Semenanjung Malaysia bagi kohort yang akan datang.

Tahun ini ia melibatkan seratus orang peserta dari pelbagai universiti tempatan termasuklah Unviersiti Malaysia Sarawak(UNIMAS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Curtin dan lain-lain.

Program ini akan diadakan selama dua minggu mulai 14 Ogos hingga 25 Ogos ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan