Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng menghadiri Majlis Makan Malam Persidangan Antarabangsa AASM 2023 di Hotel Imperial di Kuching, semalam. Foto: TVS

AASM 2023, platform Sarawak jana idea dan pengalaman dalam industri sukan

KUCHING, 19 Ogos: Seramai 500 peserta daripada 25 negara telah menyertai Persidangan Antarabangsa Asian Association for Sport Management 2023 (AASM 2023) yang bertemakan ‘Agenda Kemampanan Industri Sukan Asia Tindakan dan Pendidikan Menerusi Sukan’.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng berkata, tujuan persidangan antarabangsa tersebut antara lain menjadi platform untuk Sarawak mendapat idea dan pengalaman dalam industri sukan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng berucap pada Majlis Makan Malam Persidangan Antarabangsa AASM 2023 di Hotel Imperial di Kuching, semalam. Foto: TVS

“Hari ini kita berkumpul berpeluang untuk melibatkan diri dalam perubahan idea dan pengalaman dalam industri sukan sekali gus meneruskan pemerkasaan kelestarian kami.

“Kehadiran pihak berkepentingan di sini, yang mewakili bahagian industri sukan yang berbeza menunjukkan bahawa semua berdedikasi untuk memajukan sesuatu inovasi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persidangan Antarabangsa AASM 2023 di Hotel Imperial di sini, semalam.

Tambah beliau yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, persidangan ini mencipta laluan ke arah peningkatan yang mampan sekali gus membawa kepada perubahan dalam industri sukan di Sarawak.

“Kita bersama-sama mencipta laluan ke arah peningkatan yang mampan. Jadi, marilah kita menggunakan peluang ini untuk belajar daripada satu sama lain kerana saya percaya bahawa menggabungkan pengetahuan dan idea boleh membawa kepada perubahan yang sangat impulsif dalam industri sukan,” katanya.

Untuk rekod, persidangan ini buat julung kalinya dilaksanakan secara fizikal di Malaysia selepas pandemik COVID-19 dan akan berlangsung di Hotel Imperial, Kuching pada 19 sehingga 20 Ogos.

Turut hadir, Presiden AASM, Dr Cheng Nan Kang, Presiden Persatuan Pengurusan dan Pentadbiran Sukan Malaysia (SMAS), Mejar Muhammad Abdullah, Penasihat Persatuan Pengurusan dan Pentadbiran Sukan Malaysia, Dr Wirdati Mohd Radzi dan tetamu kehormat lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan