Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din (tengah) dan Datuk Khaw Kok Chin menunjukkan rampasan dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di George Town, hari ini. Foto: TVS

Serbuan makmal dadah rampas heroin bernilai RM5.78 juta

GEORGE TOWN, 18 Ogos: Polis menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar dadah menerusi serbuan di tiga lokasi di negeri ini pada Selasa dan Rabu lalu.

Operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu turut merampas dadah jenis heroin bernilai RM5.78 juta dan menahan dua lelaki warga tempatan.

Pengarah JSJN, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, suspek pertama berusia 46 tahun ditahan di dalam sebuah kenderaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini kira-kira pukul 4 petang Selasa.

Ujarnya, dalam masa sama suspek kedua ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Bukit Mertajam dekat sini.

“Hasil penahanan kedua-dua penganggur itu berjaya membongkar makmal memproses dadah selepas menyerbu sebuah kondominium di Tanjung Bungah.

“Hasil serbuan itu, polis menemui kira-kira 65.38 kilogram (kg) heroin base, dadah disyaki heroin (13.62 kg) dan kafein (8.48 kg) bernilai RM5.78 juta yang boleh digunakan oleh 4.47 juta orang penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Sementara itu, Mohd Kamarudin berkata, siasatan mendapati sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini bagi pasaran tempatan.

“Modus operandi yang digunakan adalah sindiket menyeludup masuk heroin base dari Thailand, kemudian memprosesnnya untuk diedar.

“Kedua-dua suspek yang tiada rekod jenayah lampau didapati negatif ujian saringan awal air kencing,” katanya lagi.

Ujar beliau, kedua-dua suspek direman selama seminggu bermula 16 Ogos bagi siasatan lanjut mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan