Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Julaihi Narawi pada sidang media selepas Sesi Taklimat Pembangunan Daerah Sebuyau di Sebuyau, hari ini. Foto: TVS

Sebuyau dibangunkan sebagai Hab Komersial Pesisir – Abang Johari

ByMuqri Aziz

SEBUYAU, 18 Ogos: Ke arah menjadikan Daerah Sebuyau sebagai Hab Komersial Pesisir, Kerajaan Sarawak kini giat melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan di kawasan berkenaan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bagi merealisasikan perancangan, kerajaan akan melengkapkan daerah pesisir itu dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan.

Menurutnya, sebanyak 325 lot rumah dan 214 lot kedai akan dibina di Bandar Baharu Sebuyau bagi memacu pembangunan infrastruktur asas di kawasan berkenaan.

“Untuk Bandar Baharu Sebuyau, kita akan membina lot kedai serta pasar basah dan lot kedai industri kotej di Sebuyau dan ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk memberikan perkhidmatan penting kepada pembangunan Sebuyau sebagai Hab Komersial Pesisir.

“Kita juga sedang membina pejabat daerah baharu dan juga kuarters kerajaan yang mana ia akan diberi pendekatan baharu iaitu jenis kondo kuarters,” katanya pada sidang media selepas Sesi Taklimat Pembangunan Daerah Sebuyau di Chalet Sebuyau di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata Chalet Sebuyau yang dibina oleh Kerajaan Sarawak itu bakal dijadikan sebagai tempat rehat atau persinggahan kepada penduduk setempat serta yang menggunakan laluan pesisir.

Turut dalam pembinaan, Projek Pembinaan Sebuyau Fasa Dua, Projek Pembangunan Perumahan dan Komersial di Bandar Baharu Sebuyau, Projek Pembinaan Kompleks Pejabat Daerah dan Kuaters Kerajaan, Projek Pembinaan Sebuyau Agro Research Lab bagi Projek Penanaman Semula Buah Kelapa Berkualiti serta Cadangan Projek Tebatan Banjir, Tali Pantai dan Sistem Saliran di Sebangan Bajong, Skim Saliran Sebuyau Bahagian Samarahan.

Semua projek itu kini sedang dibina dan mengikut jadual. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan