KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Alat perakam suara kokpit atauĀ cockpit voice recorderĀ (CVR) yang ditemui daripada pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam semalam telah dihantar ke Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) awal pagi tadi untuk dianalisis.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkataĀ BSKU yang merupakan biro di bawah kementerian itu, telah diarahkan untuk menjalankan siasatan segera dan terperinci sebelum hasil siasatan diumumkanĀ secepat mungkin.
āSegala hasil siasatan akan diumum secara telus…kita tidak akan sembunyi apa-apa fakta, segala fakta diperoleh nanti akan diumum pada orang ramai,ā katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlisĀ Menandatangani Perjanjian Kerjasama Dan Pembiayaan antara Yinson, RRJ dan Farosson di sini hari ini.
Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) dalam penerbangan dari Langkawi ke SubangĀ terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina mengakibatkan 10 individu maut.
Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi mangsa masing-masing merupakan penunggang motosikal dan pemandu e-hailing yang lalu di tempat kejadian. – TVS