Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para pelajar yang menyertai Jerayawara Project of Dream Realized 2023 di Lawas, hari ini. Foto: TVS

Liputan internet cabaran kembangkan STEM ke luar bandar – Paulus

LAWAS, 18 Ogos: Sarawak masih berdepan cabaran besar dalam memperluaskan akses pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ke kawasan pedalaman dan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, masih banyak sekolah-sekolah luar bandar yang dalam keadaan daif dan memerlukan liputan internet yang baik.

“Tidak dinafikan walaupun banyak usaha telah dan sedang dibuat, ia masih belum mencukupi kerana keadaan fizikal sekolah yang belum sepenuhnya dilengkapi kemudahan utiliti asas apalagi kemudahan internet,” katanya ketika ditemui media selepas perasmian Jerayawara ‘Project of Dream Realized’ (PRO-DR) 2023 di sini, hari ini.

Paulus menjelaskan meskipun banyak menara telekomunikasi telah dibina, tetapi pembekal perkhidmatan kurang berminat kerana daripada segi pendapatan dan penggunanya yang kurang.

“Memang betul banyak menara telekomunikasi telah dibina kerajaan Sarawak tetapi pembekal perkhidmatan tidak berminat sebab kurang pendapatan dan pengguna.

“Di kawasan Batu Danau sendiri tidak kurang daripada 38 menara telekomunikasi sudah siap tetapi sambungan internetnya masih belum sempurna dan belum baik,” tambahnya.

Paulus mahu perkara ini dapat diberi perhatian serius oleh pihak berkenaan bagi mengalakkan pembelajaran STEM selaras dengan usaha kerajaan Sarawak mengerakkan pembangunan negeri dengan teknologi baharu dan digital.

Selain itu, Paulus memuji dan berterima kasih kepada Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak(TEGAS) yang saban tahun mempromosi pembelajaran STEM di seluruh Sarawak.

Oleh itu, beliau menyeru agar pelajar Sarawak untuk mengambil peluang sepenuhnya mengikuti program anjuran TEGAS ini bagi merancang bidang pekerjaan mereka pada masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan