Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan Surat Hak Milik Tanah Masjid Al-Muflihin kepada Datuk Misnu Taha. Turut kelihatan, Datuk Julaihi Narawi dan Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Kerajaan Sarawak rancang tubuh Majlis Daerah Sebuyau

ByMuqri Aziz

SEBUYAU, 18 Ogos: Kerajaan Sarawak merancang untuk menubuhkan Majlis Daerah Sebuyau bagi menampung pertambahan penduduk dan kepesatan pembangunan di daerah berkenaan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata majlis berkenaan perlu ditubuhkan sejajar dengan pertambahan pegawai daerah, pegawai tadbir serta kaunselor.

“Bukan itu sahaja, sebanyak 325 lot rumah dan 214 buah lot kedai serta Klinik Kesihatan Sebuyau baharu akan dirasmikan kelak,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid Baharu Sebuyau di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Abang Johari menamakan masjid baharu itu sebagai Masjid Al-Muflihin yang menelan kos RM10.858 juta itu dibiayai oleh Kerajaan Sarawak sepenuhnya.

Masjid baharu yang seluas 715 hektar itu dibina bermula 2015 dan siap sepenuhnya pada 2022.

Menurutnya, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi menceritakan peristiwa berlaku pada 2008 menyebabkan masjid baharu itu perlu dibina.

“Pada Disember 2008, masjid lama yang dikenali Masjid Darul Iman di Kampung Masjid runtuh akibat hakisan tanah dan tebingan sungai.

“Ekoran itu, masjid berkenaan ditutup kerana didapati tidak selamat untuk digunakan berikutan kejadian tanah runtuh itu dan saya telah memohon peruntukan daripada Kerajaan Sarawak di bawah bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk membina masjid baharu dan telah melalui tiga fasa iaitu Fasa Pembersihan dan Penambakan Tanah, Fasa Pembinaan Bangunan Utama (Dewan Solat) serta Fasa Hiasan Dalaman dan Penyiapan Bangunan Tambahan,” katanya.

Tambahnya lagi, Julaihi juga memohon peruntukan daripada Kerajaan Sarawak serta meluluskan pembinaan Kompleks Sukan Baharu Sebuyau serta pembinaan sekolah menengah baharu.

Abang Johari yang tiba pada kira-kira 12.30 tengah hari, turut menunaikan solat Jumaat bersama penduduk setempat.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan