Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak mungkin akan melanjutkan diskaun bil elektrik di bawah program Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sehingga Disember ini. Foto hiasan: Envato

Diskaun bil elektrik mungkin dilanjutkan sehingga Disember ini

ByMuqri Aziz

SEBUYAU, 18 Ogos: Kerajaan Sarawak mungkin akan melanjutkan diskaun bil elektrik di bawah program Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sehingga Disember ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan bergantung dengan situasi semasa ekonomi negeri dan ia perlu dirujuk dahulu dengan Setiausaha Kewangan Sarawak.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Julaihi Narawi pada sidang media selepas Sesi Taklimat Pembangunan Daerah Sebuyau, hari ini. Foto: TVS

“Jika kita masih ada peruntukan untuk kita salurkan, kita akan salurkan kepada orang ramai menikmati subsidi utiliti. Kita lihat jika ekonomi masih lagi tidak menentu, kita akan meneruskan diskaun bil elektrik tersebut,” katanya pada sidang media selepas Sesi Taklimat Pembangunan Daerah Sebuyau di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi. 

Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Kerajaan Sarawak akan meneruskan pemberian subsidi utiliti untuk kegunaan domestik, komersial dan industri.

Beliau juga berkata sekiranya kerajaan terus memberikan subsidi, ini perlu dimasukkan ke dalam Belanjawan Negeri, sambil menambah: “Kerajaan negeri perlu membayar Sarawak Energy Berhad untuk melaksanakan subsidi.”

Pada Februari lalu, Kerajaan Sarawak mengumumkan untuk meneruskan subsidi lima hingga 25 peratus ke atas bil elektrik untuk pengguna domestik, komersial dan industri sehingga Jun tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan