Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Baby Shima yang mendendangkan lagu Bekikis Bulu Betis versi dangdut berjaya menawan hati ramai rakyat Sarawak. Foto: FB Baby Shima

Bekikis Bulu Betis versi dangdut Baby Shima digemari netizen Sarawak

ByTVS

KUCHING, 18 Ogos: Penyanyi popular, Baby Shima yang kini muncul dengan lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ versi dangdut berjaya menawan hati netizen Sarawak.

Lagu saduran itu dikeluarkan di platform media sosialnya – Facebook, Youtube, Tiktok dan Instagram pada 15 Ogos lepas.

Penyanyi berusia 30 tahun itu menyiarkan video berdurasi 4:21 minit itu di Facebook miliknya dengan kapsyen “Jika ada sebarang kesilapan, harap maafkan saya”.

Video itu mendapat sambutan hangat dari peminatnya terutama orang Sarawak dengan 220,000 tontonan, 2,100 perkongsian, 12,000 suka dan 672 komen setakat berita ini ditulis.

Kebanyakan netizen Sarawak memberi komen positif dan memuji usaha mendendangkan lagu bahasa Iban.

Pengguna Facebook Tero Bayel, antara netizen yang menulis komen positif.

“Wah Shima, sangat bagus, sebutan pun betul,” katanya dalam ruangan komen media sosial penyanyi itu.

Sementara itu, Wee Wee Bisingai menulis:

“Baby Shima, datang secara langsung di Sarawak. Tidak ada sesiapa di sini yang akan mengkritik awak. Semua orang Sarawak sporting. Semoga berjaya, Baby Shima.”

Bekikis Bulu Betis merupakan lagu Iban nyanyian asal Andrewson Ngalai yang amat popular dalam kalangan warga Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan