Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jepun pada Khamis mengeluarkan amaran strok haba tahap tertinggi di kawasan metropolitan Tokyo ketika musim panas terus melanda kebanyakan kawasan, menurut Kementerian Alam Sekitar. Foto hiasan: AFP.

Tokyo keluar amaran strok haba tahap tertinggi

ByBernama

TOKYO, 17 Ogos: Jepun pada Khamis mengeluarkan amaran strok haba tahap tertinggi di kawasan metropolitan Tokyo ketika musim panas terus melanda kebanyakan kawasan, menurut Kementerian Alam Sekitar.

Bandar Tokyo, Saitama, Chiba, Yokohama, Mito, Utsunomiya dan Maebashi menjangkakan tahap risiko strok haba apabila kementerian mengeluarkan amaran merah – yang tertinggi dalam sistem amaran lima peringkat, lapor Xinhua.

Kementerian menasihatkan orang ramai di kawasan berkenaan untuk mengelakkan dari keluar rumah dan menghentikan semua aktiviti senaman kecuali membabitkan kes khas.

Agensi cuaca Jepun mengeluarkan amaran strok haba untuk lapan wilayah, termasuk Iwate dan Fukushima, dengan suhu setinggi 35 darjah Celcius. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan