Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (tengah) pada Majlis Perasmian Festival Kreativiti dan Inovasi (FesKII 2023) di sini hari ini. Foto: UKAS

Sarawak tubuhkan KIK dalam kalangan cendekiawan Islam – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 17 Ogos: Sarawak akan menubuhkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dalam kalangan bijaksana dan cendekiawan Islam di negeri ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, keputusan itu dibuat susulan satu resolusi yang dicapai pada Seminar Persidangan Masjid Nusantara yang dianjurkan Majlis Agama Islam Sarawak baru-baru ini.

Abang Johari berkata, beliau menaruh harapan agar KIK akan dapat meningkatkan kemampuan cendekiawan Islam untuk terus berusaha melahirkan buah fikiran serta pendapat yang bernas pada masa akan datang.

“Ini merupakan usaha kita untuk memperkasa dan mengimarahkan Islam di Sarawak yang sedang diusahakan oleh Majlis Islam Sarawak dan agensi Islam di bawahnya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pada Majlis Perasmian Festival Kreativiti dan Inovasi (FesKII 2023) di sini hari ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak menekankan kepentingan terhadap salah satu rukun dalam Malaysia Madani iaitu daya cipta yang disifatkan beliau perlu dioptimumkan.

“Tumpuan terhadap pemerkasaan keperluan penduduk pedalaman, pelbagai pendekatan yang berdaya cipta seperti penyediaan jalur lebar yang berkelajuan tinggi dan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan luar bandar haruslah diperhebatkan seperti yang sedang dilakukan Kerajaan Sarawak untuk memberi manfaat dan bagi memenuhi keperluan penduduk di pedalaman.

“Pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan Sarawak amat positif dan proaktif untuk memastikan bahawa kaedah kreativiti dan  inovasi ini dapat diperluaskan untuk diguna pakai terhadap semua peringkat rakyat,” ujarnya.

Abang Johari menambah, meskipun Sarawak telah menerima pengiktirafan dari Bank Dunia sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi baru-baru ini, namun wujud keperluan untuk kerajaan negeri membangunkan modal insan secara informatif dan inovatif.

“Ini agar setiap lapisan masyarakat dapat mengecapi kemakmuran ekonomi di samping memelihara persekitaran yang mampan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan