Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meraikan kejayaan STB pada Anugerah Jenama Terbaik BrandLaureate 2022-2023 di Kuala Lumpur, malam tadi. Foto TVS

RM7 bilion anggaran perolehan jika Sarawak capai sasaran tiga juta pelancong

KUCHING, 17 Ogos: Sasaran kemasukan tiga juta pelancong ke Sarawak pada tahun ini dianggarkan mampu menjana perolehan RM7.25 bilion.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sasaran berkenaan tidak mustahil dicapai dengan strategi dan inisiatif yang diatur kementeriannya dan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

“Sehingga Julai, jumlah ketibaan pelawat mencecah 2,269,855 orang yang mengagumkan dengan lebih 1 juta pelawat asing,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Anugerah Jenama Terbaik BrandLaureate 2022-2023 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurutnya, pencapaian dan komitmen STB dalam mempromosikan keindahan alam semula jadi, warisan budaya dan tawaran pelancongan pengembaraan yang menyeronokkan harus dipuji.    

Di bawah bimbingan kementeriannya, STB telah mencapai banyak pencapaian yang ketara pada 2023.

Antaranya, STB menerima dua pengiktirafan pada Anugerah Jenama Terbaik BrandLaureate 2022-2023.

Dua anugerah berkenaan ialah Anugerah Kebanggaan Negara (Kecemerlangan Promosi Pelancongan) dan Anugerah CEO of the Year (Pelancongan) yang diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharzede Salleh Askor.

“Anugerah ini sebagai menghargai komitmen serta pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh STB bagi meletakkan Sarawak sebagai ikon pelancongan global dan juga destinasi eko pelancongan utama di Asia Tenggara,” jelas STB menerusi kenyataan media.

STB menambah, pelancongan bertanggungjawab yang menjadi terasnya serta kempen pemasaran ‘Sarawak, More To Discover’ juga turut menyumbang kepada kejayaan organisasi berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan