Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah (berdiri dua kanan) dan tetamu lain memberi sokongan dan kata semangat kepada pasukan bahagian Limbang pada MSSB hari ini. Foto: TVS

Prasarana sukan di Limbang dinaik taraf, persediaan anjur kejohanan besar

LIMBANG, 17 Ogos: Prasarana sukan di Limbang akan dinaik taraf sebagai persediaan sekiranya terdapat acara Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun depan boleh dianjurkan di sini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penyediaan infrastruktur sukan yang memenuhi piawaian perlu dilakukan untuk memastikan kelancaran temasya berkenaan.

“Kita mahu memiliki kemudahan sukan supaya suatu hari nanti dapat menjadi pusat untuk menganjurkan SUKMA yang membabitkan acara tertentu yang difikirkan sesuai.

“Sehubungan itu, proses untuk meningkatkan kemudahan ini sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penangguhan Rasmi Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Bahagian Kali Ke-52 Peringkat Bahagian Limbang di Kompleks Sukan Limbang hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Berkenaan langkah menambah baik kemudahan sukan di seluruh Sarawak, Awang Tengah berkata, fasiliti yang lengkap penting untuk mengembalikan kegemilangan dan mengangkat prestasi atlet ke tahap yang lebih tinggi.

“Beberapa sukan utama turut diberi penekanan termasuk bola sepak, futsal dan renang serta beberapa acara lain.

“Ketika ini kemudahan untuk sukan renang di Lawas sedang dinaik taraf,” katanya.

Tambah beliau usaha berkenaan dilaksanakan bukan saja di bandar utama di Sarawak malahan turut membabitkan kawasan kampung.

“Kita laksanakan secara berperingkat-peringkat termasuk kemudahan untuk badminton dan sepak takraw,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan