Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menenangkan ibu kepada juruterbang Mahanum Ismail, 67 yang kelihatan sugul ketika sedang menunggu jenazah anaknya Shahrul Kamal Roslan di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sekitar jam 8 malam ini. Foto Bernama.

Nahas pesawat: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat – Dr. Zaliha

ByBernama

KLANG, 17 Ogos: Ada mayat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di Shah Alam, petang tadi, masih boleh dikenal pasti identitinya, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Bagaimanapun, Dr Zaliha berkata berdasarkan laporan awal daripada pasukan Kementerian Kesihatan di lapangan, pasukan itu memerlukan masa untuk proses pengecaman awal bagi beberapa mayat berikutan keadaannya yang tidak sempurna berikutan impak daripada nahas itu.

@tvstvmy

Enam mayat dikeluarkan setakat ini. 📹 TVS Layari tvstv.my/news & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV. TVS122 #TVSNews TrendingNewsMalaysia BeritadiTikTok

♬ original sound – TVS News – TVS News

“Laporan kita terima di lapangan, ada jasad atau jenazah yang boleh dicam dan dalam keadaan tidak terjejas …ada yang perlukan masa…kita dengar ada cebisan (mayat) tetapi tidak pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa bersama keluarga mangsa nahas pesawat berkenaan di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, malam ini.

Dr Zaliha berkata seramai 20 hingga 30 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) ditugaskan di Jabatan Forensik HTAR bagi proses bedah siasat serta pengecaman mayat.

Ditanya berhubung berapa lama jangkaan proses pengecaman akan mengambil masa, Dr Zaliha berkata ia bergantung kepada keadaan mayat yang akan diterima pasukan forensik.

“Perkara pertama yang dilakukan apabila mayat sampai adalah proses pengecaman awal diikuti bedah siasat dan setelah selesai, barulah mayat diserahkan kepada ahli keluarga.

Kita tidak pasti berapa lama masa akan diambil, namun kita akan cuba selesaikannya secepat mungkin supaya keluarga dapat membawa mayat mangsa untuk pengurusan pengebumian,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata KKM akan menyediakan bantuan daripada Jabatan Psikiatri KKM untuk memberi sokongan moral serta bantuan psikososial kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Seri Johari Harun antara yang berada dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di Shah Alam, kira-kira 2.50 petang tadi.

Katanya, turut tersenarai adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib.

Bagaimanapun, Loke berkata identiti dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden itu akan disahkan melalui siasatan polis.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan