KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan lapan individu menaiki pesawat jenis Beechcraft 390 yang terhempas berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, mereka terdiri daripada dua juruterbang dan enam penumpang dan setakat ini keadaan mereka masih belum dapat dipastikan.
Kata Norazman, pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Berita lanjut menyusul. -TVS