Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raden Sigit Witjaksono memberi tabik hormat pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-78 di Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kuching, hari ini. Foto: TVS

Konsulat Indonesia terima 800 permohonan sertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 di Sarawak

KUCHING, 17 Ogos: Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kuching telah menerima sejumlah lebih 800 pemohonan dari warga republik itu untuk bekerja secara sah di negeri ini menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.

Konsul Jenderal Republik Indonesia Raden Sigit Witjaksono berkata beliau menyeru syarikat-syarikat di negeri ini yang mempunyai pekerja warga Indonesia membuat pemohonan segera sebelum penghujung tahun ini.

Warga Indonesia yang menghadiri Sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia ke-78 di Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kuching, hari ini. Foto: TVS

“Kita minta semua syarikat yang mempunyai pekerja warga Indonesia yang tiada dokumen lengkap agar  segera membuat pemohonan bagi memudahkan urusan untuk manfaat semua pihak yang terlibat.

“Kami (Indonesia) menyambut baik program RTK 2.0 ini, bahkan selain menerima pemohonan di konsulat kami juga mengadakan outreach di ladang-ladang bagi membantu serta mempermudahkan urusan pihak berkuasa di negeri ini,” katanya selepas majlis sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-78 di sini, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Premier Sarawak, kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk menerima pakai program RTK 2.0 mulai 26 Julai lepas sehingga 31 Dis ini untuk membolehkan pendatang tanpa izin bekerja secara sah.

Majikan di Sarawak yang terlibat dalam sektor kotor, berbahaya dan sukar atau 3D boleh mendaftarkan pendatang tanpa izin sedia ada menerusi program tersebut.

Hanya pendatang tanpa izin dari 16 negara dibenarkan iaitu individu dari Indonesia, Bangladesh, Thailand, India, Filipina, Kemboja, Laos, Nepal, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan dan China.

Maklumat lanjut berhubung program tersebut boleh didapati di portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan