Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di atas jalan raya berdekatan kawasan perumahan di Bandar Elmina. Foto: Bernama

Jet Valet sahkan terima laporan berhubung nahas di Elmina

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Ogos: Syarikat pemilik pesawat yang dilaporkan terhempas di Elmina, Shah Alam, Jet Valet Sdn Bhd mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menerusi kenyataan media, Jet Valet memaklumkan masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa.

“Jet Valet akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang akan dijalankan.

“Pada masa ini, pihak Jet Valet tidak dapat mengesahkan sebarang butiran termasuk kemalangan jiwa kerana menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.

“Segala maklumat dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelas syarikat berkenaan. 

Awal petang ini, sebuah pesawat kecil dilaporkan terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Sungai Buloh, Selangor.

Pesawat berkenaan dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2:08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata lapan individu disahkan menaiki pesawat jenis Beechcraft 390 itu, terdiri daripada dua juruterbang dan enam penumpang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan