Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar mengangkat sumpah jawatan Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Turut kelihatan, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: JaPen

Asfia angkat sumpah sebagai Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 17 Ogos: Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar hari ini mengangkat sumpah sebagai Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak berkuat kuasa 16 Ogos hingga 17 September 2023. 

Asfia Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak | TVS

Majlis Istiadat Angkat Sumpah yang diadakan di Bilik Menghadap Utama Astana Negeri Petra Jaya di sini, dimulakan dengan bacaan Surat Cara Pelantikan Pemangku Yang di-Pertua Negeri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan isterinya, Puan Sri Dato Fatimah Mohd Iskandar pada Majlis Istiadat Angkat Sumpah jawatan Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, hari ini. Foto: UKAS

Majlis kemudiannya diikuti dengan angkat sumpah oleh Asfia dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Dato Dr Alwi Abdul Wahab.

Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak kemudiannya menandatangani Surat Pengisytiharan disaksikan Premier Sarawak.

Istiadat Angkat Sumpah diakhiri dengan bacaan doa yang dibacakan Imam Besar Negeri Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Pelantikan berkenaan adalah susulan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud masih berada di luar negara bagi proses pemulihan kesihatan.

Sebelum ini, Asfia yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kuala Rajang dan Serdeng, diberi kepercayaan memangku tugas berkenaan sebanyak lima kali.

Beliau dilantik kali pertama bagi tempoh 27 Disember 2011 hingga 10 Februari 2012 manakala kelima pada 1 Disember 2019 hingga 11 Januari 2020.

Selain itu, Asfia memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak sejak 15 November 2000. Beliau disambung tugas sebanyak lapan kali dan akan berakhir pada 15 November 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan