Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bendera Thailand. Gambar Hiasan

Undian Perdana Menteri Thailand yang baharu ditetapkan Selasa depan

ByBernama

BANGKOK, 16 Ogos: Undian untuk memilih perdana menteri Thailand yang baharu dijadual diadakan pada 22 Ogos ini, umum Speaker Wan Muhamad Noor Matha.

Pengumuman itu dibuat selepas Mahkamah Perlembagaan terlebih dahulu pada Rabu menolak petisyen untuk menyemak semula keputusan parlimen yang menafikan pencalonan semula pemimpin Parti Move Forward (MFP) Pita Limjaroenrat sebagai perdana menteri untuk kali kedua.

Speaker berkata satu mesyuarat bagi membincangkan agenda undi perdana menteri pada Selasa depan akan diadakan esok.

“Mesyuarat bersama itu dijadualkan pada 9.30 pagi (waktu tempatan) Selasa ,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Ketidaktentuan politik di Thailand semakin meningkat berikutan kebuntuan parlimen, tiga bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei.

MFP, yang memenangi 151 kerusi telah gagal dalam usahanya untuk membentuk kerajaan berikutan rancangannya untuk meminda undang-undang yang menjadikan penghinaan kepada raja sebagai jenayah, terutamanya Perkara 112 kanun jenayah atau lese-majeste.

Parti Pheu Thai, yang menduduki tempat kedua dalam pilihan raya umum dengan 141 kerusi keluar daripada gabungan bersama MFP awal bulan ini.

Parti Pheu Thai, yang menduduki tempat kedua dalam pilihan raya umum dengan 141 kerusi kini mengetuai gabungan baharu sembilan parti selepas meninggalkan MFP, kini menjadi pendahulu dalam usaha membentuk kerajaan.

Parti itu dijangka mencalonkan usahawan hartanah Srettha Thavisin sebagai pilihannya untuk perdana menteri.

Pada masa ini, gabungan diketuai Pheu Thai mempunyai 238 kerusi dalam Dewan Perwakilan yang dianggotai 500 orang.

Bagaimanapun, gabungan itu masih kekurangan sokongan yang diperlukan, yang perlu ditambah dengan sokongan daripada 250 Senator Dewan Negara kerana seorang perdana menteri memerlukan 376 undi daripada 750 ahli dwidewan untuk membentuk kerajaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan