BINTANGOR, 16 Ogos: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan Polis (DSP) Sekam Anoi berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Meradong di Kampung Baru Sarikei, pada Rabu.
“Suspek yang mempunyai tiga kes jenayah lampau akan menjalani perintah reman selama tiga hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan orang awam menyalurkan maklumat berhubung dengan kejadian jenayah serta kes kecurian menerusi talian 084-693 222 untuk mengesan suspek yang terlibat dengan perlakuan jenayah terbabit.-TVS