Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki warga asing dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM50,000. Foto: IPD Bintulu

Pemandu asing mabuk sebabkan kematian bakal dipenjara 10 tahun, denda RM50,000 di Bintulu

BINTULU, 16 Ogos: Seorang lelaki warga asing berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM50,000 dan sekiranya gagal membayar denda hukuman akan ditambah dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Bintulu di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden (SUPT) Batholomew Umpit berkata tertuduh juga hilang kelayakan memegang lesen memandu selama 10 tahun selepas disabit kesalahan kerana menyebabkan kematian seorang pengguna jalan raya yang lain di Jalan Sultan Iskandar di sini pada 2 Julai lalu.

“Tertuduh telah menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun yang menunggang sebuah motosikal pada masa kejadian.

“Tertuduh, ketika itu sedang memandu sebuah kenderaan jenis Toyota Unser yang telah memasuki laluan arus bertentangan mengakibatkan telah bertembung dengan motosikal mangsa dari arah lampu isyarat JKR hendak menuju ke Pasar Lama, Bintulu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara bahaya dengan melawan arus di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had sehingga menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya lain.

“Bagi kesalahan individu yang memandu dalam pengaruh alkohol berlebihan dalam badan akan disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih RM 30,000 atau boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun,” jelasnya.

Pada masa yang sama, katanya pemandu juga boleh hilang kelayakan memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun.

Dalam pada itu, Batholomew juga mengingatkan agar pengguna jalan raya khususnya di Bintulu agar tidak memandu jika berada di bawah pengaruh alkohol. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan