Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Eight people in Morocco have died and dozens of others were hospitalized after drinking homemade liquor, the health ministry said on Wednesday. Photo Envato

Lelaki maut, motosikal ditunggang langgar bahu jalan, rempuh tiang elektrik di Jalan Miri-Airport

MIRI, 16 Ogos: Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar bahu jalan serta melanggar tiang elektrik di Jalan Miri- Airport malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri, Alexson Naga Chabu mengesahkan pihak menerima laporan berhubung kes itu jam 7.37 malam.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, apabila tiba di lampu isyarat Taman Tunku mangsa telah terbabas dan melanggar bahu jalan semasa membuat pusingan U bagi menuju ke pusat bandar.

“Kesan daripada kemalangan itu motosikal mangsa kemudian melanggar  tiang elektrik yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan penunggang meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada.

“Susulan daripada laporan polis tersebut, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan