Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian bersama Ir. Liew Ming Chek di hadapan tiang lampu isyarat berjalur LED. Foto: FB Dr. Sim Kui Hian 

Lampu isyarat berjalur LED di Batu Kawa, kini beroperasi – Dr Sim

ByDayu Adruce

KUCHING, 16 Ogos: Tiang lampu isyarat dengan jalur LED pertama di Kuching yang terletak di persimpangan Jalan Batu Kawa dan Bazar Lama Batu Kawa telah mula beroperasi sejak Selasa.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, pencahayaan tambahan tersebut akan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya. 

“Ia termasuk bagi mengawal kenderaan yang memandu laju di jalan utama khususnya ketika aliran trafik yang tinggi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, semalam.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan orang ramai untuk berkongsi pendapat berkaitan penggunaan cahaya LED tersebut.

Rata-rata dalam ruangan komen memperlihatkan warga Kuching terutamanya penduduk Batu Kawa menerima baik inisiatif berkenaan.-TVS 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan