Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Poster Festival Kanak-kanak Sarawak 2023. Foto: Pustaka Miri

Festival Kanak-kanak Sarawak di Miri 26 – 27 Ogos ini

MIRI, 16 Ogos: Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Miri menjemput kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun untuk menyertai Festival Kanak-kanak Sarawak 2023 yang bakal diadakan pada 26 dan 27 Ogos ini dari 9 pagi hingga 5 petang.

Pegawai Pengurusan Korporat Pustaka Miri, Shirley Szebah Mambai berkata, festival itu merupakan acara tahunan yang dianjurkan khusus untuk kanak-kanak dan ia dijangka akan menarik tumpuan ratusan pengunjung cilik ke perpustakaan tersebut.

“Pelbagai aktiviti menarik dan berilmiah telah dirancang kali ini yang pastinya akan menghiburkan, mendidik serta mengisi masa lapang anak-anak pada hujung minggu, 26 dan 27 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sesi Bercerita bersama Pencerita Terkemuka tahun ini akan melibatkan empat orang pencerita yang dijemput khas untuk karnival ini iaitu Seung Ah Kim dari Korea, Muslimah Qashiratu Taqarrable atau lebih dikenali sebagai Bie dari Indonesia, Sheila Wee dari Singapura dan Mohd Sharif Apen atau dikenali sebagai Pak Pen Pencerita.

Festival berkenaan akan dibahagikan kepada 12 ruang aktiviti seperti ruang bercerita, ruang kebudayaan, ruang jualan, ruang persembahan, ruang permainan dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur di talian 085-422 525 atau layari laman sesawang www.pustaka-sarawak.com serta saluran media sosial Pustaka Negeri Sarawak, Miri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan