Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto:TVS

Sarawak yakin capai sasaran kemasukan 3 juta pelancong menjelang September

ByNazirah Adlina

KUCHING, 15 Ogos: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak optimis, sasaran Sarawak untuk mencapai 3 juta kedatangan pelancong boleh dicapai menjelang September berdasarkan rekod kemasukan seramai 2 juta pelancong yang direkod setakat bulan Julai tahun ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memaklumkan jumlah kemasukan pelancong sehingga Julai 2023 meningkat 139 peratus berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama.

Sasaran 3 juta pelancong dicapai menjelang September | TVS

“Untuk tahun ini sehingga Julai jumlah pelancong yang masuk ialah 2022, 30,272. Terdapat pertumbuhan sebanyak 139 peratus dan daripada itu Untuk Julai, jumlah kemasukan warga asing ialah sebanyak 172,363 berbanding Julai pada 2022 iaitu hanya 45,659. Ia meningkat sebanyak 277 peratus,’ katanya dalam satu sesi soal jawab selepas Majlis Pelancaran dan Pembukaan ‘What About Kuching Festival 2023’, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Sebastian Ting Chiew Yiew dan Datuk Snowdan Lawan, serta Pengarah Festival WAK, Donald Tan.

Jelasnya lagi ketibaan pengunjung pada bulan Julai untuk tahun 2022  jumlah pengunjung direkodkan sebanyak 703,891.

“Untuk 2023, jumlah itu meningkat daripada 2,269,855 sehingga Julai. Saya percaya menjelang September tahun ini kita akan mencapai 3 juta pelancong,” ujarnya.

Jelasnya,  antara menjadi penyumbang kepada peningkatan kedatangan pelancong ke Sarawak adalah penganjuran acara-acara yang menarik seperti Kuching Food Festival dan Regata Sarawak yang menarik kemasukan pelancong khususnya dari luar negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan