KUCHING, 15 Ogos: Kejayaan Imran Azim Iskandar yang mengharumkan negara dengan gelaran juara dunia bagiĀ kategori klasik pada pertandingan biola World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat, baru-baru ini mendapat perhatianĀ Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
BeliauĀ menzahirkan ucapan tahniah kepada anak jati Sibu itu sambil mengakui Imran,17, mempunyai bakat dan dedikasi cemerlang yang memberi inspirasi serta menjadi contoh kepada golongan anak muda.
āSyabas Imran. Ini merupakan satu kebanggaan buat Sarawak dan Malaysia,ā katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, Ā pada Isnin.
Ahli Parlimen Petra Jaya itu juga menyifatkanĀ pencapaian Imran merupakan bukti bakat, kemahiran dan kerja keras yang luar biasa anak Sarawak berkenaan.
Selain memenangi Kategori Klasik, Imran Azim juga memperoleh Pingat Perak bagi Kategori Karya Kontemporari dan Asli, dan Pingat Gangsa bagi Kategori Jazz dan Terbuka. – TVS