Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Jerip Susil bergambar bersama Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat dari Daerah Kecil Padawan selepas Majlis Penyerahan Buku Modul Panduan Pentadbiran Bagi Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat. Foto: TVS

Modul Panduan Pentadbiran bantu pemimpin masyarakat laksana pentadbiran kampung dengan efektif

KUCHING, 15 Ogos: Penyediaan modul atau panduan pentadbiran untuk Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum berupaya membantu pemimpin masyarakat ini melaksanakan pentadbiran dalam komuniti masing-masing dengan lebih efektif.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil berkata, panduan tersebut memberikan gambaran dan pengetahuan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat ini kaedah yang diperlukan dalam menganjur dan mengendalikan sesebuah program berkaitan dengan komuniti masing-masing.

Katanya, pengetahuan itu bukan sahaja penting untuk memastikan kelancaran sesebuah majlis atau program, malah ia turut memberikan tanggapan yang baik terhadap komuniti dan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat terlibat.

“Apa sahaja anda lakukan haruslah berlandaskan panduan ini supaya tetamu atau sesiapa yang datang ke kampung anda akan kagum melihat bagaimana anda mengendalikan sesuatu program atau majlis.

“Saya jika datang ke sesebuah kampung itu, saya bukan sahaja melihat kampung tersebut tetapi saya juga akan melihat pelbagai aspek termasuk kecerian, kebersihan serta kesepakatan dalam kampung itu.

“Dalam hal ini saya tidak diminta untuk disambut dengan besar-besaran tetapi apa yang penting saya ingin melihat bagaimana anda menguruskan dan menjayakan sesuatu program itu dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Buku Panduan Modul Pentadbiran Bagi Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat bagi Daerah Kecil Padawan di sini, hari ini.

Katanya, kemahiran dan pengetahuan terbabit penting untuk dikuasai oleh pemimpin masyarakat terlibat kerana ia memberikan gambaran kemampuan sesebuah kelompok masyarakat itu untuk sentiasa bermuafakat dalam semua perkara.

“Permuafakatan yang terbentuk serta kemampuan dalam mengurus program dengan baik itu secara tidak langsung akan membantu memudahkan pemintaan terhadap peruntukan yang diperlukan oleh kampung terlibat untuk penganjuran program-program berikutnya.

“Oleh sebab itu penting untuk kita mengambarkan kemampunan kita untuk menganjur dan mengurus bukan sahaja untuk sesuatu majlis itu tetapi juga menyatupadukan kelompok komuniti dalam sesebuah kampung itu,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan