Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas dihempap sebatang pokok ketika melakukan kerja-kerja memotong pokok di kawasan kebun di Pantu Mali, Jalan Lukut Penyulau, Kanowit, tengah hari tadi. Foto: Bomba

Lelaki maut dihempap pokok di Kanowit

BySafri Ali

KANOWIT, 15 Ogos: Seorang lelaki maut selepas dihempap sebatang pokok ketika melakukan kerja-kerja memotong pokok di kawasan kebun di Pantu Mali, Jalan Lukut Penyulau di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Wong Sieh Ming, 59.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit menerima laporan berhubung kes itu jam 12 tengah hari dengan menggerakkan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati seorang mangsa tidak sedarkan diri dipercayai telah dihempap sebatang pokok ketika kerja-kerja memotong pokok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah dipindahkan orang awam di kawasan lapang dalam kawasan kebun tersebut sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Pasukan bomba menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mangsa telah disahkan meninggal di tempat kejadian,” ujarnya.

Katanya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan