Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

Kampung Narum, Marudi diisytihar kawasan baharu jangkitan rabies

MIRI, 15 Ogos: Kampung Narum, Marudi diisytihar sebagai kawasan baharu wabak rabies susulan seekor anjing disahkan positif pada 2 Ogos lalu menjadikan jumlah jangkauan kawasan jangkitan di negeri ini adalah 73 kawasan sejak 2017.

Berikutan itu, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata program vaksinasi akan diadakan di tempat letak kereta Taman Awam Miri pada hujung minggu dari 9 pagi hingga 4 petang.

Menurutnya program berkenaan merupakan sebahagian program vaksinasi anti-rabies di seluruh Sarawak khususnya di Bahagian Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

“Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan anjing yang divaksin oleh DVS Sarawak dan pasukan khas iaitu ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) di seluruh Sarawak ialah 27,668 ekor berbanding 40,000 ekor yang disasarkan menjelang akhir tahun,” katanya dalam satu  kenyataan hari ini.

Stephen mendedahkan pada tahun ini 73 ekor anjing dan lima ekor kucing positif rabies daripada 392 sampel yang diuji dengan 31 ekor di Kuching, 18 ekor di Padawan, lima ekor di Kota Samarahan, empat ekor di Tebekang, tiga ekor di Lundu, dua ekor di Bintulu dan Bau, dan masing-masing seekor di Siburan, Serian, Sibu, Selangau, Mukah, Marudi dan Lawas.

Beliau menambah menurut Jabatan Kesihatan Negeri, Sarawak merekodkan 13 kematian tahun ini daripada 15 kes rabies, menjadikan jumlah kumulatif rabies manusia kini berjumlah 70 dengan 63 kematian sejak Julai 2017.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati dan pergi ke klinik jika digigit haiwan manakala pemilik anjing mesti bertanggungjawab untuk memastikan haiwan mereka divaksin dengan vaksin anti-rabies.

“Oleh itu, saya ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan pergi ke klinik jika digigit haiwan. Pemilik anjing mesti bertanggungjawab untuk memastikan haiwan kesayangan mereka divaksin dengan vaksin anti-rabies.

“Mana-mana pemilik atau orang yang menjaga anjing yang gagal tanpa sebab munasabah untuk mematuhi Perintah Pemvaksinan Anti-Rabies adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikompaun sehingga RM1,000,” ujarnya.

Sementara beliau mengingatkan agar pemilik anjing mesti menjaga anjing mereka di bawah kawalan berkesan dan mengurungnya di dalam kawasan tertutup di mana ia mustahil untuk anjing itu melarikan diri dan sekiranya mereka membiarkan anjing mereka berkeliaran dengan bebas di jalanan, mereka dikenakan denda tidak melebihi RM2,500 di bawah Seksyen 37, VPHO 1999.

Tegasnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh menyita mana-mana anjing yang tidak diikat mengikut undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Perlesenan dan Kawalan Anjing), 2018. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan