Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Sri Huang Tiong Sii meninjau perkembangan projek pemasangan lampu jalan di sekitar Sarikei, pada petang Isnin. Foto: TVS

Jalan Buris, Merudu, Pasi dan Jakar di Sarikei kini diterangi lampu jalan

SARIKEI, 15 Ogos: Beberapa jalan utama di bandar Sarikei kini diterangi kemudahan lampu jalan selepas projek pemasangannya siap sepenuhnya pada 3 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Sri Huang Tiong Sii berkata, projek berkenaan meliputi sepanjang laluan di Jalan Buris, Merudu, Pasi dan Jakar.

Beliau optimis kemudahan berkenaan memberi manfaat kepada penduduk dan pengguna yang melalui kawasan berkenaan terutama pada waktu malam.

Menurutnya projek tersebut telah dilaksanakan oleh pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) sejak Disember tahun lalu.

“Kewujudan lampu-lampu jalan ini bukan sahaja memudahkan aliran trafik tetapi juga meningkatkan taraf keselamatan di kawasan berkenaan.

“Pemasangan lampu di Jalan Merudu melibatkan 42 unit, Jalan Pasi – Simpang Jalan Petai (60 unit) manakala, Jalan Permai – Jalan Buris dan Jakar masing-masing lima unit dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP),” katanya kepada TVS pada Isnin.

Dalam pada itu, Huang menegaskan bahawa penyediaan prasarana berkenaan membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat khususnya di kawasan Sarikei.

Malah katanya, keperluan dan masalah penduduk tetap diberi perhatian khusus bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan mereka.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan