Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis menandatangani MoU itu berlangsung di Invent Space, SDGA yang disaksikan oleh Dato Gerald Rentap Jabu dan Profesor Dr Han Jiqin. Foto: TVS

SDGA-NAU meterai MoU, teroka potensi penuh sistem pertanian di Sarawak

KUCHING, 14 Ogos: Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Pertanian Nanjing (NAU) China untuk mengukuhkan kerjasama dalam sistem pertanian di Sarawak.

Kerjasama ini akan meneroka potensi penuh sistem pertanian di Sarawak melalui perkongsian pengetahuan dalam penyelidikan dan rangkaian sekali gus membawa impak positif selaras dengan hala tuju Kerajaan Sarawak ke arah keselamatan makanan dan kelestarian.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, pihaknya sedang berusaha melihat inisiatif Kerajaan Sarawak terutamanya dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 iaitu kelestarian dan pertanian yang merupakan salah satu tonggaknya.

“Sarawak memerlukan keselamatan makanan kerana kita masih bergantung dengan produk makanan pertanian dari luar.

“Oleh itu, kami menyedari bahawa kami perlu meningkatkan keselamatan makanan kerana jika kita hanya mempunyai tanah tanpa teknologi, kita tidak akan bergerak ke hadapan,” katanya pada majlis menandatangani MoU di Invent Space SDGA hari ini.

Sementara itu, Presiden SDGA, Dr Jawing Chunggat berkata, Kerajaan Sarawak meletakkan keutamaan yang tinggi dalam keselamatan makanan.

Beliau berkata, pihaknya sedaya upaya untuk memastikan pada masa hadapan, Sarawak mampu berdikari dari segi menyediakan makanan untuk rakyat.

“Kerajaan Sarawak meletakkan keutamaan yang tinggi dalam keselamatan makanan. Oleh itu, kami mencuba sedaya upaya untuk memastikan pada masa hadapan, Sarawak mampu berdikari dari segi menyediakan makanan untuk rakyat,” ujarnya.

Justeru, Jawing berharap MoU tersebut dapat menjadi pemangkin untuk meneroka lebih banyak peluang dan meningkatkan sektor pertanian di Sarawak.

Turut hadir Senator Dewan Negara, Datuk Ahmad Ibrahim, Presiden Dewan Dayak dan Perindustrian Dayak, Dato Allan Keripin Nangkai, Pengarah Institut Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak, Datu Dr Lulie Melling, Dekan Universiti Pertanian Nanjing, Profesor Dr Han Jiqin dan tetamu kehormat lain. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan