Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian menerima cenderahati pada Majlis Perasmian Program 'Train the Trainers' di Kuching, hari ini. Foto: Yusuf Shukri (TVS)

Program Bina Integriti Komuniti berkesan tingkatkan mutu perkhidmatan PBT

ByYusuf Shukri

KUCHING, 14 Ogos: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Daerah Limbang dan Majlis Daerah Matu dan Daro merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berjaya menangani 100 peratus aduan pada tahun lepas.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata Majis Perbandaran Sibu berjaya mencapai penyelesaian 96.97 peratus – satu pencapaian yang disifatkannya sebagai memberangsangkan.

Pencapaian membanggakan ini adalah hasil keberkesanan Program Bina Integriti Komuniti (CIB) yang menekankan perihal mustahak menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat di kawasan pentadbiran masing-masing.

Berucap pada Majlis Perasmian Program ‘Train the Trainers’ bagi Program CIB di sini, hari ini beliau berkata secara keseluruhan, 26 PBT seluruh Sarawak mencatat peningkatan 98.61 peratus dalam menangani aduan. 

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya.

Menurutnya, CIB menampilkan pendekatan holistik untuk memupuk integriti dan membasmi rasuah melalui penglibatan aktif masyarakat.

Katanya, penggabungan mekanisme pemantauan aduan mengambil kira pendapat kedua-dua penyedia perkhidmatan dan penerima sekali gus mampu meningkatkan integriti komuniti.

“Tadbir urus, integriti dan antirasuah harus dikukuhkan demi kemakmuran jangka panjang di Sarawak.

“Tiga tonggak tersebut akan membentuk asas untuk menjamin kemajuan berterusan dan tidak berbelah bagi Sarawak mengejar kemakmuran jangka panjang,” katanya.

Mengenai ‘Train the Trainers’, beliau berkata program ini bertujuan untuk melatih pegawai PBT sebagai fasilitator untuk pelaksanaan program CIB.

Justeru, beliau menyambut baik penganjuran program ‘Train the Trainers’ ini sebagai satu inisiatif yang baik selaras dengan hala tuju dan penegasan Kerajaan Sarawak dalam memastikan semua jabatan dan PBT mengamalkan ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan awam di seluruh negeri.

“Adalah besar harapan saya agar menerusi program ini, ia dapat menjadi platform untuk menyampaikan latihan dan kemahiran kepada PBT bagi mewujudkan sistem pemantauan yang lebih berkesan.

“Usaha ini bukan sahaja untuk membina asas yang lebih kukuh untuk pertumbuhan Sarawak, tetapi untuk menjadi laluan ke arah masa depan yang lebih cerah,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan