Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH122 akan dipindahkan ke penerbangan seterusnya selepas mendapat pelepasan daripada pihak berkuasa. - Foto hiasan

Penumpang MH122 akan dipindahkan ke penerbangan seterusnya – Malaysia Airlines

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH122 akan dipindahkan ke penerbangan seterusnya selepas mendapat pelepasan daripada pihak berkuasa.

Terdahulu, penerbangan itu yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik pada pertengahan penerbangan kerana ada penumpang yang mencetuskan ‘gangguan’.

Penerbangan MH122 patah balik ke Sydney, polis Australia tahan seorang penumpang lelaki

Malaysia Airlines dalam kenyataan pada 5.55 petang tadi memaklumkan penerbangan berkenaan membawa 199 penumpang dan 12 anak kapal.

“Penumpang yang mencetuskan ‘gangguan’ itu telah ditahan oleh polis tempatan. Penumpang dan anak kapal telah selesai keluar dari pesawat pada 7 malam. Pesawat itu akan diperiksa secara menyeluruh oleh polis.

“Malaysia Airlines ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa atas maklum balas segera dan kepada penumpang kerana kekal tenang dan memberikan kerjasama semasa keadaan getir. Keselamatan dan keselesaan anak kapal serta penumpang amat penting kepada kami,” menurut kenyataan itu.

Malaysia Airlines dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan penerbangan terbabit membawa 194 penumpang dan lima anak kapal dan demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk kembali ke Sydney sebelum mendarat dengan selamat pada 3.47 petang waktu tempatan.

Polis Persekutuan Australia (AFP) dalam kenyataan media memaklumkan seorang penumpang lelaki berusia 45 tahun  yang didakwa mencetuskan ‘gangguan’ itu telah ditahan tanpa sebarang insiden dan dijangka didakwa lewat malam ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan