Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh menyerahkan cenderahati kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Penangguhan Safari Memancing Tanjung Manis pada Ahad. Foto: FB Len Talif Salleh

Pembinaan hotel bertaraf tiga bintang dan padang golf, perkasa sektor pelancongan kawasan Kuala Rajang

TANJUNG MANIS, 14 Ogos: Kawasan Kuala Rajang bakal berpotensi memperkasakan sektor pelancongan yang terkenal dengan keindahan pantai menerusi pembinaan hotel bertaraf tiga bintang dan padang golf di Belawai sekali gus mengubah landskap di kawasan berkenaan.

Pengumuman berhubung perkara itu dibuat oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menyempurnakan Majlis Penangguhan Safari Memancing Tanjung Manis pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, pembangunan berkenaan pastinya akan membawa limpahan pembangunan di kawasan Kuala Rajang.

Abang Johari seru rakyat Sarawak pertahankan perpaduan

“Tanjung Manis ini mempunyai potensi kerana adanya Pantai Belawai yang merupakan sebuah tempat tarikan pelancong di kawasan Kuala Rajang ini. Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) juga telah bersetuju membiayai pembangunan tebingan sungai di Pantai Belawai yang sekali gus memberi impak yang positif kepada keseluruhan kawasan Kuala Rajang,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar berkata, peruntukan projek yang bernilai RM250 juta itu disalurkan kepada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).

Tambahnya, lokasi bagi pembinaan kedua-dua projek terbabit sudah dikenal pasti dan dijangka melibatkan kawasan seluas 500 ekar yang merupakan hak milik PUSAKA.

Abang Johari seru rakyat Sarawak pertahankan perpaduan

“Kalau kita lihat pembangunan jalan raya dari Sarikei ke Tanjung Manis iaitu Jambatan Batang Rajang dan Jalan Pasi akan siap pada penghujung tahun ini.

“Jadi ia melengkapkan lagi pembangunan prasarana di wilayah tengah Sarawak. Kita akan mempunyai masa depan yang cerah dengan ada pembangunan seperti ini,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, ia bakal dirancakkan dengan sokongan sektor yang berkaitan termasuk laluan udara melalui projek pembesaran Lapangan Terbang Tanjung Manis dan industri yang berkaitan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan