Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto Bernama.

MH122 ke KL terpaksa berpatah balik ke Sydney – Malaysia Airlines

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Pesawat Malaysia Airlines MH122 yang berlepas ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia terpaksa berpatah balik berikutan gangguan daripada penumpang di dalam pesawat.

Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihak berkuasa tempatan sedang menilai situasi itu.

“Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney. Penerbangan itu membawa 194 penumpang dan lima kru selamat mendarat pada 3.47 petang waktu tempatan.

“Keselamatan dan keselesaan kru dan penumpang kami adalah amat penting bagi Malaysia Airlines,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, portal berita antarabangsa melaporkan penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur dari Sydney terpaksa berpatah balik susulan “insiden kecemasan” di udara.

MH122 berlepas dari Sydney pada 1.40 tengah hari dan mendarat semula pada 3.47 petang.

Video yang disiarkan menerusi X (Twitter) oleh individu yang didakwa berada dalam penerbangan MH122 itu menunjukkan kru penerbangan cuba menenangkan seorang lelaki yang menjerit kepada penumpang lain.

Sementara itu, Polis Persekutuan Australia menerusi media sosialnya memaklumkan pihaknya sedang bertindak terhadap kejadian kecemasan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

“Kemas kini akan dikeluarkan pada masa yang sesuai,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan