Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap pada Kuching Got Talent Peringkat Akhir 2023 di Panggung Majlis Bandaraya Kuching Selatan pada Ahad. Foto: TVS

Kuching Got Talent 2023 platform anak Sarawak ketengahkan bakat

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 14 Ogos: Program Kuching Got Talent 2023 diharap dapat terus dianjurkan pada masa yang akan datang bagi memberi peluang kepada anak Sarawak mengetengahkan bakat mereka, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dimaklumkan bahawa penyertaan adalah lebih 300 peserta sepanjang program itu diadakan.

“Sarawak mempunyai sebanyak 2.4 juta penduduk, ini membolehkan kita tidak mempunyai kekurangan dari segi bakat.

“Dengan adanya Pusat Seni Persembahan Sarawak kelak, kita (Sarawak) bakal mempunyai Istana Budaya kita sendiri yang bakal menjadi tempat bagi mereka mempamerkan dan mengasah bakat mereka,” katanya ketika berucap pada Kuching Got Talent 2023 Peringkat Akhir di Panggung Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada Ahad.

Dalam masa sama, beliau berkata, dengan adanya platform bagi anak Sarawak untuk mempamer bakat setelah siap Pusat Seni Persembahan Sarawak kelak, beliau berharap bandaraya Kuching menjadi tempat meriah bagi pelancong.

“Apabila mereka datang ke sini, selain daripada melihat bandaraya yang indah dan produk pelancongan lain, mereka juga akan dihiburkan oleh artis seni tempatan yang kita hasilkan.

“Sesudah siap Pusat Seni Persembahan Sarawak kelak, kita dapat mempamerkan persembahan seni anak Sarawak kepada umum setiap dua minggu,” katanya lagi.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Sherrina Husaini dan Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan