Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada GRP Group Singapore dan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) Singapura yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Su serta diiringi Pengurus Besar GRP, Freddrick Khoo manakala STATOS diwakili Chew Chang Guan dan Kenny Lau. Foto: TVS.

Abang Johari terima dua kunjungan hormat dari Singapura dan Petron Malaysia

KUCHING, 14 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada GRP Group Singapore dan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) Singapura.

Rombongan itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Su, diiringi Pengurus Besar GRP, Freddrick Khoo manakala STATOS diwakili Chew Chang Guan dan Kenny Lau.

Hadir sama di Pejabat Premier di Wisma Bapa Malaysia ialah Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Sebastian Ting dan Datuk Bandar Miri, Adam Yii.

Kunjungan kira-kira 30 minit itu difahamkan membincangkan beberapa perkara berkaitan usaha sama syarikat dari Singapura itu dengan Sarawak.

Bagaimanapun belum ada sebarang kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak mengenai perincian perbincangan.

Sementara itu, terdahulu, Abang Johari juga menerima kunjungan hormat dari delegasi syarikat minyak negara, Petron Malaysia.

Mengetuai rombongan itu pada jam 10.30 pagi, Pengurus Besar Petron Malaysia, Faridah Ali hadir ke Pejabat Premier Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari ketika menerima kunjungan hormat delegasi Petron Malaysia yang diketuai Faridah Ali di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Kuching hari ini. Foto: TVS.

Kunjungannya turut ditemani beberapa kepimpinan tertinggi syarikat minyak negara itu, termasuk Ketua Bahagian Korporat, Wan Adibah Azlan Mahmood, Ketua Pembangunan Runcit dan Kejuruteraan, Mohd Shaibi Ahmad Hijazi.

Selain itu, Pengurus Sokongan, Perancangan Bekalan dan Pengedaran dan Operasi, Chuan Chee Kian, Pengurus Perhubungan Kerajaan, Saadon Sharif dan Penasihat Pembesaran Sarawak, Christopher Kong Chark Shew.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan