Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki berusia 69 tahun ditahan bersama anak lelakinya ditahan setelah perbuatannya tular di laman media sosial. Foto: Media sosial

Warga emas hayun pisau kepada pelanggan kedai aksesori kereta ditahan

SIBU, 13 Ogos: Seorang lelaki warga emas dan anak lelakinya ditahan polis bagi membantu siasatan kes mengugut sekumpulan lelaki dengan pisau pemotong daging.

Penahanan dua suspek yang masing – masing berusia 69 dan 33 tahun itu dilakukan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya telah mengesan rakaman video berdurasi 1 minit 46 saat berhubung kejadian itu yang dimuat naik menerusi Facebook semalam.

“Video itu memaparkan kejadian yang berlaku di tempat parkir di hadapan lot kedai di Jalan Bukit Assek pada pukul 11.30 pagi.

“Hasil siasatan, polis mendapati kejadian berpunca akibat warga emas itu tidak berpuas hati dengan bunyi bising sistem audio kereta yang diuji di sebuah kedai aksesori yang terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya,” katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.

Berikutan itu, suspek bersama anaknya pergi ke kedai berkenaan dan bertengkar dengan beberapa pelanggan di situ.

“Berdasarkan video tular itu, suspek didapati telah menghayun senjata tajam dan menggugut untuk mencederakan pengadu,” jelasnya.

Kata beliau, suspek ditahan di rumah mereka pada pukul 4 petang semalam dan polis turut merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan